Penggunaan Sewa Kereta Di Shah Alam

Menjelang tahun 2016 / 2017, penggunaan sewa kereta di shah alam semakin meningkat dari semasa ke semasa. Dianggarkan rata-rata penduduk di shah alam mahupun sekitar kawasan-kawasan yang berdekatan dihubungkan oleh sistem jaringan jalan-jalan negeri & persekutuan mahupun lebuhraya yang luas seperti LEBUHRAYA PERSEKUTUAN, NKVE, GUTHRIE, SKVE, ELITE dan sebagainya. Ini memudahkan para penduduk di Selangor secara khususnya dan juga sekitar lembah klang secara amnya dapat menikmati suasana perjalanan yang lebih lancar dan teratur. Sudah menjadi trend masa kini, khususnya bagi kalangan para pelajar di pusat Bandar Shah Alam, akan menyewa kereta dengan mana-mana pengusaha/ syarikat kereta sewa sekiranya mereka mempunyai tugasan luar atau sebagainya.

penggunaan sewa kereta di shah alam

Hampir 80% market kereta sewa shah alam dipelopori oleh usahawan Bumiputera / Melayu di dalam bidang kereta sewa ini. Antara salah satu faktor penyumbang besar kepada penggunaan sewa kereta di shah alam ini adalah disebabkan oleh kepadatan penduduk di Shah Alam ini majoritinya adalah berbangsa melayu. Oleh itu tidak hairanlah begitu banyak sekali pengusaha-pengusaha tempatan yang menceburkan diri dalam bisnes sewa kereta ini saban hari. Banyak faedah yang terhasil akibat daripada pasaran luas kereta sewa di shah alam ini, dan antaranya adalah para pelanggan dapat membuat pilihan yang tepat samada ingin memilih syarikat kereta sewa A atau pun B. Ini dapat mewujudkan suatu persaingan yang sihat dikalangan para pengusaha kereta sewa di Selangor ini, khususnya di Shah Ala mini.

Antara faktor lain yang dapat mempengaruhi penggunaan sewa kereta di shah alam ini adalah dari segi penawaran kadar harian harga kereta sewa. Ada sesetengah kereta sewa khususnya milik persendirian menawarkan harga dibawah market sebenar kereta sewa dan dengan ini telah mewujudkan suatu masalah berkaitan penawaran harga bagi syarikat-syarikat kereta sewa yang lain. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan persaingan secara tidak sihat dimana para pelanggan akan lebih memilih perkhidmatan kereta sewa yang menawarkan harga yang jauh lebih murah. Kadang-kadang harga kereta sewa yang didapati adalah tidak masuk akal disebabkan wujudnya individu / perseorangan yang ingin mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan orang / syarikat kereta sewa yang lain.

Advertisements